THE TYPER
Photobucket
♥ fafauuzulkifli.
♥ cikfauu / fauu.
♥ 9tyn on 26.9
♥ DBS UITM MERBOK 2011
♥ totally single and available
lots of love ♥
fafauzulkifli

Asas Sains Sukan

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan. Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan perlakuan motor.


Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:

a. Daya tahan kardiovaskular-
merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang
panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu
oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b. Kekuatan otot-
merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa
ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap
yang tinggi.
c. Daya tahan otot -
merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk
menghasilkan daya berulang - ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa
kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan –
merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan
sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan
bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum. Peratusan
lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu


Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:
a. Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antaramata, tangan kaki dan badan. Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan pergerakan badan yang tepat.
b. Imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan tetap atau melakukan sesuatu aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak menyokongnya diubah.
c. Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d. Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan melibatkan kekuatan dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.
e. Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa tindakbalas selalunya di kaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.

KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN DAN MEMBUAT REGANGAN?
Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.Masalah yang dialami itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.

Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.
Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.

Kebaikan memanaskan badan
Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.


KENAPA PERLU MENYEJUKKAN BADAN DAN MEMBUAT KELONGGARAN?
Kebaikan menyejukkan badan
Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.
Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.
Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul’ yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.
Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

No comments:

Post a Comment