THE TYPER
Photobucket
♥ fafauuzulkifli.
♥ cikfauu / fauu.
♥ 9tyn on 26.9
♥ DBS UITM MERBOK 2011
♥ totally single and available
lots of love ♥
fafauzulkifli

Balutan


Terdapat 5 jenis balutan anduh ;
Anduh lengan, anduh kepala, anduh lutut/siku dan anduh pergelangan tangan.

Dalam kursus HSM225 kami hanya mempelajari cara membuat anduh yang berikut ;


ANDUH LENGAN
Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas.


ANDUH PERGELANGAN TANGAN
Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik danletakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kakiyang mesti di balut.


BALUTAN TANGAN

Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah). Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah). Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.

No comments:

Post a Comment